Program Duta Jauhar
Pada awal bulan Mei, telah diadakan Program Duta Jauhar yang melibatkan golongan wanita Kampung Parit Selangor dan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Duta Jauhar adalah merupakan program cetusan idea YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor dalam membangunkan sosio-ekonomi rakyat Johor melalui penglibatan Mahasiswa Johor daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara. Inisiatif ini merupakan pengiktirafan besar Kerajaan Negeri Johor kepada golongan mahasiswa yang diyakini boleh bersama-sama menyumbangkan idea kreatif, inovatif dan sumber tenaga bagi menjayakan agenda pembangunan masyarakat dan negeri.
Kumpulan mahasiswa yang berjaya dipilih menyertai program ini akan melaksanakan projek-projek yang berpotensi memberi impak dan manfaat kepada masyarakat di setiap daerah Negeri Johor, dengan menggunapakai pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Setiap projek menetapkan kumpulan sasaran penerima manfaat seperti pelajar, golongan belia, usahawan IKS, rakyat pendapatan rendah & miskin tegar, masyarakat orang asli, ibu tunggal dan sebagainya, berdasarkan matlamat dan bidang keberhasilan projek tersebut.
MAJLIS PERASMIAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI) 30 JANUARI 2016
LOKASI: KOMPLEKS PENGHULU MUKIM PONTIAN (KG PARIT SELANGOR)
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (PPPM) atau The association of Women’s Institute (Wi) telah diasaskan pada tahun 1952 oleh Lady Templer, isteri kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.
Beliau telah mengadakan perjumpaan di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Sultanah-sultanah dan Raja-Raja Perempuan Tanah Melayu serta isteri Pesuruhjaya Residen Pulai Pinang dan Melaka dan juga isteri ketua-ketua jabatan kerajaan negeri bagi tujuan penubuhan Wi.
Oleh yang demikian, kumpulan-kumpulan wanita mula dibuka di negeri-negeri di Tanah Melayu. Keahliannya dibuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas. Tujuannya adalah bagi membolehkan kaum wanita dan anak gadis, terutamanya mereka yang tinggal di kampung-kampung, mengambil bahagaian yang aktif di dalam usaha memajukan kaum dan bangsa. Ia juga bagi memberi peluang kepada wanita dan gadis remaja untuk bersatu berusaha bersama menerusi Pertubuhan Wanita (WI) dalam menjalankan segala aktiviti untuk kemajuan, kebahagian dan kebajikan keluarga, jiran serta negara.
Kumpulan-kumpulan ini dikenali sebagai ‘women’s Institute’ atau ‘Perkumpulan Perempuan’. Jika Melebihi dua kumpulan dalam mana-mana daerah, kumpulan-kumpulan itu digabungkan untuk menjadi ‘The Association of Women’s Institutes of Malaysia’ (NAWIM) atau ‘Pertubuhan Perkumpulan Malaysia’ (PPPM).
Di peringkat cawangan, daerah dan negeri, ia diketuai oleh seorang Pengerusi. Manakala di peringkat kebangsaan, ia diketuai oleh seorang Yang Dipertua.
Sebagai ahli ‘Gabungan Pertubuhan Wanita Desa Sedunia’ (The Association of Country Women the World) yang beribu pejabat di London, Wi merupakan sebahagian daripada United Nation dan mempunyai seorang wakil di dalam salah satu jawatankuasanya.
AKTIVITI
PENDIDIKAN
-melaksanakan program kepimpinan pertubuhan dan pentadbiran pertubuhan.
-kepimpinan pengurusan rumahtangga
-kefahaman undang-undang dll.
EKONOMI
-memberi bimbingan ke arah menjana pendapatan keluarga
-kesedaran sebagai pengguna bijak dll.
SUKAN
-badminton
-bola jaring
-bowling
-sukan rakyat dll.
AGAMA & KEBAJIKAN
-kelas fardhu ain
-tadarus
-bacaan yasin
-amal jariah khusus di bulan puasa
LAIN-LAIN AKTIVITI
-lawatan sambal belajar
-kerja tangan
-melancong
-masak-memasak
-majlis-majlis jamuan bagi mengisi tabung
-lain-lain aktiviti sosial
Aktiviti Wanita Kampung Parit Selangor
Aktiviti waktu petang, permainan bola jaring menjadi pilihan wanita di Kampung Parit Selangor sebagai salah satu cara untuk beriadah di samping mengeratkan silaturrahim di antara mereka.