mcmc
Galeri Foto

Teknologi Dan Anda & Rapid Typing For Kids Program

  1. Teknologi Dan Anda & Rapid Typing For Kids Program

Pada 8hb Mac 2018, pihak PEDi dengan kerjasama KEMAS Kampung Parit Baru telah menjalankan Program “Teknologi Dan Anda” & “Rapid Typing For Kids Program”. Program yang berlangsung selama 2 jam (10.00 pagi – 12.00 tengahari) itu melibatkan 21 orang murid, 2 orang petugas KEMAS dan seorang wakil ibu bapa. Program Teknologi Dan Anda bertujuan untuk memberi latihan asas komputer kepada murid-murid dan petugas KEMAS. Mereka diperkenalkan cara penggunaan setiap komponen komputer seperti tetikus, keyboard, monitor (asas) sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya. Murid-murid kemudiannya ditunjukkan penggunaan aplikasi Rapid Typing di mana latihan menaip huruf dengan pantas. Aplikasi Rapid Typing digunakan untuk menguji sejauh mana murid-murid dapat menggunakan keyboard dengan baik, melihat huruf dipaparkan di skrin monitor kemudian menterjemahkan dengan menekan kekunci yang betul. Program ini memberi pendedahan kepada murid-murid yang baru sahaja masuk ke alam pra sekolah dan memantapkan kemahiran murid-murid yang berpengalaman dalam menggunakan komputer. Selain itu, aktiviti ini dapat menguji daya ingatan murid terhadap huruf-huruf yang telah mereka pelajari di tabika. 

  1.