Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh terkini pembukaan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sidang medianya pada 19 Februari 2021. Sebelum ini, pembukaan sekolah untuk penggal 2021 ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang dilaksanakan di seluruh negara.
RUMUSAN TARIKH PEMBUKAAN SEKOLAH KPM 2021
Tarikh pembukaan sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.