Pada 23hb Disember 2018, petugas PEDi Parit Selangor telah berpeluang untuk turut serta dalam Program Sukan Rakyat Kawasan 5 Mukim Pontian. Program khas untuk penduduk Kampung Parit Selangor ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari,telah dianjurkan oleh Kelab Belia Parit Selangor (KBPS) dengan kerjasama Belia Masjid Jamek Parit Selangor bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan penduduk kampung melalui program berunsurkan santai seperti sukaneka sukan kampung ini. Dengan kehadiran petugas PEDi Parit Selangor ke program ini, dapat mendekatkan staf PEDi dengan komuniti sekitar dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.