mcmc
Soalan Lazim

NADI (PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

 

 

NADI adalah satu perkhidmatan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Inisiatif ini yang bermula pada tahun 2013 ini diterajui oleh pihak SKMM dan dibiayai melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision).

 
Apakah Objektif NADI ?
Objektif penyediaan NADI adalah untuk: 
• Meningkatkan kegiatan dan taraf sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah;
• Menubuhkan 100 NADI di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar;
• Menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar internet;
• Menyediakan kemudahan akses internet secara kolektif;
• Melaksanakannya di bandar besar terpilih di seluruh Negara dalam tahun 2013-2015;  
• Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar;
• Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar; 
• Melaksanakannya di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP); dan
• Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Negara
 
 
Dimanakah Lokasi NADI?
Pengguna boleh merujuk kepada senarai NADI yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut; http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files
Pemilihan lokasi NADI ini adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.
 
Apakah Kemudahan dan Perkhidmatan yang disediakan di NADI?
Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus. Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.
 
Adakah Kemudahan NADI ini dikenakan bayaran?
Ya, terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. Oleh itu, untuk menggunakan kemudahan NADI , pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Walaubagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. 
 

Untuk Maklumat Lanjut:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Program NADI 
Telefon: +603-8688-8000
Fax: +603-8688-1000
Email: ccd@cmc.gov.my
Laman sesawang: www.skmm.gov.my

Talian dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang mulai 1 Januari 2013.

Pautan kepada Halaman Spesifik

http://pi1m.skmm.gov.my/PusatInternet1Malaysia.htm

 

SUMBER : https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/791/