mcmc
Maklumat Setempat

Riang Ria Raya 2018

5

 

Selesai sebulan umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri 1439H. Perayaan yang disambut selama sebulan ini bagaimanapun masih meninggalkan kenangan manis kepada penduduk Kampung Parit Selangor, Kampung Parit Baru dan Kampung Bukit Panjang. Paling menjanjikan kemeriahan bagi penduduk di sini adalah amalan tradisi mereka iaitu baraan raya dan marhaban raya yang merupakan amalan yang pasti dilakukan setiap tahun. Bagi mereka, tiada maknanya Hari Raya jika kedua-dua aktiviti ini tidak dijalankan semasa sambutan Aidilfitri.

 

Bagi anak-anak muda di sini, aktiviti baraan raya bermula daripada malam raya pertama lagi, dengan persiapan motosikal yang dijadikan sebagai kenderaan utama dan berkonvoi dari satu rumah ke satu rumah sepanjang hari pertama Aidilfitri hingga hari raya ketiga Aidilfitri. Keseronokan inilah yang menjadikan sambutan hari raya mereka amat bermakna selain juadah raya dan berkumpul sesama ahli keluarga dan saudara mara.

Gambar-gambar sekitar aktiviti baraan belia Kampung Parit Selangor dan Kampung Parit Baru

 

Bagi wanita-wanita di sini pula, aktiviti Marhaban merupakan antara aktiviti tradisi mereka. Setelah selesai kemuncak raya iaitu pada Raya ke-4, maka bermulalah aktiviti Marhaban ini yang mengumpulkan wanita-wanita Kampung Parit Selangor dan Kampung Parit Baru. Giliran telah diberikan agar setiap wakil tuan rumah telah bersedia untuk menerima kunjungan perkumpulan Marhaban ini. Pastinya Raya 2018 memberikan kenangan kepada mereka kerana pada setiap tahun, pastinya memberi kelainan.

Aktiviti marhaban dari rumah ke rumah oleh Perkumpulan Wanita Kampung Parit Selangor dan Kampung Parit Baru