Promosi MyFreeview

Pada 16hb Ogos, staff PEDi Parit Selangor, Pulai Sebatang dan Parit Sapran telah bekerjasama menjalankan promosi MyFreeview di Pasar Tani Pontian. Tujuan kami adalah untuk membuat hebahan dan edaran risalah berkaitan siaran digital myfreeview. Ini bagi memaklumkan kepada orang ramai berkaitan pertukaran mode siaran analog kepada digital siaran tv dan radio di malaysia. Aktiviti utama yang kami lakukan adalah mengedarkan risalah dan penerangan ringkas kepada peniaga-peniaga dan pengunjung pasar tani Pontian. Dengan ini kami dapat memberi maklumat lengkap kepada peniaga-peniaga dan pengunjung berkenaan siaran digital myfreeview dan makluman berkenaan pertukaran mode siaran analog kepada digital dapat membantu mereka membuat pilihan di dalam mendapatkan decoder dan melanggan myfreeview di kediaman mereka