mcmc
Keusahawanan

Projek Duta Jauhar

 

Projek duta Jauhar oleh para pelajar daripada UTM skudai bersama penduduk kampung Parit Selangor yang terdiri daripada kaum ibu / wanita/ surirumah. Projek ini telah membuahkan hasil dimana Duta Jauhar UTM (Pastri Jauhar) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Duta Jauhar 4.0 di Majlis Kongress Duta Jauhar 4.0 dengan produk mereka POPIA CRISP. Datang dalam 2 perisa iaitu milo dan cheese. Dipasarkan dengan harga mampu milik. Turut boleh didapati di PI Kg Parit Selangor. Program ini telah menggalakkan lagi inisiatif dan perkembangan usahawan iks di Kg Parit Selangor ini.

 

 

 

Puan Rahayu merupakan salah seorang ahli kumpulan Duta Pastri Jauhar Kg Parit Selangor. Beliau bergiat aktif dalam memasarkan produk ini. Beliau mewakili kumpulan tersebut telah memasarkan produk popia crisp di PEDi Parit Selangor. Di mana telah menjadi kegemaran para pengunjung PI kerana rasanya yang enak serta harga yang berpatutan.