Pada 18 julai lalu telah kembali program tahunan Hari Bersama Komuniti bagi tahun 2022. Hari Bersama Komuniti (HBK) ini merupakan program tahunan bagi setiap PEDi. Bagi tahun 2022, Program HBK pada 2022 dijalankan secara kluster. Bagi kluster Pontian, PEDi Sungai Pinggan telah dipilih selaku tuan rumah dan dijalankan secara kerjasama bersama 7 buah PEDi (TM). Sempena HBK 2022 pelbagai aktiviti telah dijalankan secara bersama.