Program Advokasi Dan Dashboard Komuniti November 2017

Program Advokasi Dan Dashboard Komuniti November 2017 telah diadakan pada 17 November 2017 (7.30 Pagi – 12.30 Tengahari) di Pi Parit Selangor. Program Bengkel ICT & Dashboard Komuniti bersama warga WI (Perkumpulan Perempuan) Kg Parit Selangor. Ini bagi mempromosikan DASHBOARD KOMUNITI dan modul di dalamnya kepada komuniti. Terutamanya kaum wanita. Antara yang terlibat adalah ahli WI Kawasan 5 Mukim Pontian, remaja dan belia serta komuniti sekitar. Program ini memberikan pendedahan berkaitan ICT dan mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti. Kali ini pendedahan lebih kepada golongan wanita dan ibu.


















