PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL 2021

Pertandingan Usahawan Digital 2021
Sepanjang ogos dan September, Pertandingan Usahawan Digital 2021 peringkat PEDi telah dijalankan. Seramai 3 orang peserta telah menyertainya. Ketiga-tiga peserta ini menggunakan platform digital shopee. Peserta pertama, Saudari Eleena merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan nanas yang diusahakan keluarga beliau. Dalam pada itu beliau telah cuba mengembangkan perniagaan tersebut secara atas talian menggunakan platform shopee ini. Peserta kedua, Saudari Salina pula merupakan stokis produk pekasam. Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau. Peserta ketiga, saudara Zulhazmi yang menjual produk washable facemask. Kebiasaannya, beliau menjual menggunakan media sosial beliau seperti facebook dan whatsapp. Sepanjang 2 bulan pertandingan ini, keputusan telah diperolehi dan penyampaian hadiah telah dijalankan.





