Pada 8hb Oktober, PEDi Parit Selangor telah mengadakan program Penggunaan Aplikasi Quiver di Tabika KEMAS Pontian Besar Kiri. Aplikasi ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menghasilkan animasi 3d hasil dari lukisan yang telah diwarnakan. Program selama 2 jam ini meliputi aktiviti mewarna di mana setiap lukisan di muat turun daripada website www.quiververvision.com dan tayangan animasi 3d hasil dari kerja mewarna kanak-kanak ini.