Setakat ini, sebanyak 18.19 juta langganan 5G telah direkodkan, dengan liputan mencapai 82.4% di kawasan berpenduduk. Ini pencapaian besar dalam memperkukuh infrastruktur digital negara!
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang dipengerusikan oleh YBM Fahmi Fadzil turut membincangkan hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta pelaksanaan rangkaian kedua oleh U Mobile – butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Kemajuan ini bakal membuka lebih banyak peluang inovasi, meningkatkan produktiviti, dan membawa manfaat kepada rakyat Malaysia!
#5GMalaysia #Digitalisasi #Teknologi
