mcmc
Pendidikan

Pendidikan

Sambutan Hari Guru Sekolah Agama Parit Selangor

Pada 16hb Mei 2017, telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di Sekolah Agama Parit Selangor. Semua guru dan murid terlibat termasuk ibu bapa yang bertujuan meraikan guru-guru di sekolah agama tersebut di samping menunjukaan penghargaan kepada ustaz, ustazah yang telah mendidik anak-anak mereka.

 

Penggunaan HRMIS bagi Kakitangan Kerajaan

Terima kasih kepada Ustazah Normah dan Ustazah Wan kerana hadir ke PEDi untuk menggunakan kemudahan Internet bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai kakitangan kerajaan.

 

Pertandingan Mewarna e-Waste TABIKA KEMAS Pontian Besar Kiri

Pada 9hb Mac 2017, telah diadakan Pertandingan Mewarna bagi kategori pra sekolah sempena pengumpulan barang-barang electronic terpakai (mobile e-waste) yang telah diadakan di KEMAS Pontian Besar Kiri. Sementara pihak PEDi dan juga pengurusan KEMAS tersebut menjalankan kutipan dan pengumpulan barang elektronik terpakai, sempat kami menjalankan program ini. Selain mendedahkan kepentingan kitar semula peranti elektronik kepada ibu bapa, dapat juga kanak-kanak meluangkan masa dengam mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna e-Waste ini.

 

Program e-Learning Bersama Murid-murid TABIKA KEMAS Pontian Besar Kiri

Gambar-gambar sekitar Program e-Learning bersama murid-murid TABIKA KEMAS Pontian Besar Kiri, Pontian yang telah diadakan pada 26hb Januari 2017. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid pra-sekolah dengan penggunaan komputer. Seramai 15 orang murid terlibat dengan bantuan Pembantu Masyarakat bertugas. Program berjalan selama 2 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Program e-Learning Bersama Murid Tadika KEMAS Kampung Parit Baru (31hb Mac 2016)

Pada 31hb Mac 2016 pihak PEDi telah mengadakan Kelas Pengenalan Multimedia Interaktif di KEMAS Kampung Parit Baru. Seramai 16 orang kanak-kanak tadika terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Noraswana binti Samino, Pembantu Masyarakat serta pembantunya yang telah banyak memberikan kerjasama sepanjang program ini dijalankan. 


Program e-Learning Bersama Murid Tadika KEMAS Pontian Besar Kiri (28hb Januari 2016)

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tadika untuk mengenali Multimedia Interaktif dengan memberikan mereka pengalaman menggunakan perisian e-learning.

SEKOLAH DI SEKITAR KG PARIT SELANGOR

Di dalam kawasan Kampung Parit Selangor, terdapat beberapa buah sekolah sebagai pusat pembelajaran pelbagai peringkat iaitu pra sekolah seperti KEMAS, Sekolah Kebangsaan Parit Selangor dan Sekolah Agama Parit Selangor. Kemudahan instititusi pendidikan seperti ini dapat membantu ibu bapa menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan memandangkan beberapa kawasan yang agak jauh pedalaman menyukarkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana sekolah yang terdekat pula agak jauh lebih kurang 6 hingga 10km iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Kudus dan Sekolah Kebangsaan Sri Bunian.

SK PARIT SELANGOR

 

TABIKA KEMAS KG PARIT BARU

 

SEKOLAH AGAMA KG PARIT SELANGOR 

Selain sekolah-sekolah yang disebutkan di atas, terdapat juga sekolah kebangsaan dan sekolah agama lain yang berdekatan kawasan Kampung Parit Selangor. Sekolah-sekolah ini juga termasuk dalam Kawasan (5) Mukim Pontian. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang dan Sekolah Agama Sri Bukit Panjang.

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI BUKIT PANJANG 

 

SEKOLAH AGAMA SRI BUKIT PANJANG