NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (WELLBEING/KESEJAHTERAAN KENDIRI)
24 April 2025
Tarikh
Masa
Tempat
Peserta
12 April 2025
4.30pm-5.00pm
NADI Parit Selangor
3 orang
Tujuan
Program NADI X Pembelajaran Sepanjang Hayat (Kesejahteraan Kendiri) bertujuan untuk memperkasa individu dalam aspek kesihatan mental, emosi, dan fizikal bagi meningkatkan kualiti hidup.
Aktiviti
1. Sesi kesedaran kesihatan mental dan emosi
2. Pemeriksaan Kesihatan Asas termasuk saringan tekanan darah dan kadar gula dan pemeriksaan indeks jisim badan (BMI)
3. Pelbagai webinar secara atas talian yang memberi fokus kepada Kesihatan mental dan emosi, gaya hidup sihat serta pembangunan diri dan motivasi
Manfaat
1. Meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi – membantu individu mengurus stres, kebimbangan, dan kemurungan dengan lebih baik.
2. Membina gaya hidup sihat – memberi pengetahuan dan amalan mengenai pemakanan seimbang, senaman, dan penjagaan kesihatan diri.
3. Meningkatkan kualiti hidup – memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna.