Pada 6hb Oktober 2017, seramai 10 orang murid sekolah rendah telah menghadiri latihan menaip pantas. Latihan ini memberi fokus kepada murid-murid untuk menggunakan papan kekunci dengan baik, menaip secara berhemah dan pantas. Aplikasi ini yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam latihan dan arahan dapat memberi kemahiran kepada murid-murid menaip dengan pantas sekaligus memberi pendedahan kepada murid penggunaan Bahasa Inggeris dalam penulisan.