BANTUAN PENDAFTARAN VAKSIN (Kerjasama bersama Ketua Kg Pt Mesjid)
Tarikh | 16 Mei 2021 |
Masa | 10.45Am – .11.45Am |
Lokasi | PEDi Parit Selangor |
Peserta | 68 orang komuniti sekitar |
PEDi parit Selangor telah mengadakan perkhidmatan pendaftaran vaksin covid-19 menerusi laman web iaitu vaksincovid19.gov.my. objektif kami melakukan perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu mereka yang kurang pengetahuan mengenai cara untuk mendaftar vaksin covid-19 seperti warga emas, mereka yang terputus rangkaian jalur lebar internet, dan mereka yang tidak tahu cara untuk mendaftar. Disamping itu PEDi Parit Selangor telah mendaftarkan seramai 68 penduduk sekitar. Pihak PEDi telah menerima senarai nama tersebut daripada ketua kampung Parit Masjid & Ketua Kg Tanjung Air Hitam. Pihak PEDi berfungsi sebagai pemudah cara bagi proses pendaftaran vaksin ini.
BIMBINGAN : Membuat Poster menggunakan CANVA
Tarikh | 25 Mei 2021 |
Masa | 9.30Am – .11.30Am |
Lokasi | PEDi Parit Selangor |
Peserta | FAZIRATUL NAJIHAH BINTI IBRAHIM |
Saudari Najihah diarahkan untuk menyiapkan poster program anjuran kumpulan beliau bagi tugasan Kolej Komuniti Tanjung Piai. Selain menyediakan perkhidmatan internet dan tempat yang selesa, pihak PEDi turut membantu tugasan kolej pelajar seperti memberi bimbingan membuat poster bagi perlaksanaan aktiviti pelajar Kolej Komuniti ini. Penggunaan aplikasi Canva secara atas talian memudahkan lagi tugasan beliau.
BIMBINGAN : Teknologi & Anda / Asas MS word.
Tarikh | 29 Mei 2021 |
Masa | 2.15pm – .4.15pm |
Lokasi | PEDi Parit Selangor |
Peserta |
1. NUR FATIN AQEELA BINTI ROSLAN 2. NUR ELIAH BINTI ROSLAN |
2 orang belia wanita telah berminat untuk mempelajari asas komputer. Mereka merupakan pekerja kilang di daerah ini. Bagi meningkatkan kemahiran komputer yang dimiliki, mereka berminat untuk menyertai kelas Asas Komputer. Mempelajari cara bagaimana menyediakan resume yang mudah dan ringkas.