mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PEDi OKTOBER 2017

IMG 20171004 171436

 

IMG 20171004 171436

PENGUMPULAN BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA UTK PROGRAM ISKANDAR MALAYSIA ECOLIFE CHALLENGE 2017

Bertarikh 3 Oktober 2017, satu program pengumpulan barangan kitar semula iaitu Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2017  telah berlangsung di SK Kg Parit Selangor. Pengumpulan bahan-bahan kitar semula utk Program Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2017. Para pelajar, guru-guru serta ibu bapa penduduk sekitar sekolah telah terlibat dalam memberikan sumbangan barangan terpakai/ kitar semula. Barang-barang ini akan ditimbang dan dijual. Di mana hasil kutipan akan disalurkan kepada dana sekolah untuk menjalankan pelbagai aktiviti.  

 

 

BENGKEL MENAIP PANTAS MENGGUNAKAN APLIKASI RAPID TYPING

 

IMG 20171008 174952

Bertarikh 6 Oktober 2017, bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg Parit Selangor. Satu bengkel menaip menggunakan Aplikasi Rapid Typing telah diadakan. Ini bagi memantapkan lagi kemahiran menaip para remaja ini. Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada 10 orang pelajar SK Parit Selangor. Mereka yang terlibat telah membuat latihan rapid typing ini sehingga Lesson 5 bagi setiap tahap mengikut penguasaan masing-masing.

 

 

PENGGUNAAN APLIKASI QUIVER UNTUK KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PONTIAN BESAR KIRI

 

IMG 20171008 WA0008

Pada 8 Oktober yang lalu, bertempat di TABIKA KEMAS Pontian Besar Kiri, telah diadakan sesi mewarna dengan bantuan aplikasi Quiver. Aplikasi quiver ini boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing. Aplikasi ini mampu menghasilkan lukisan 3d yang bergerak serta disertakan dengan musik latar. Sekaligus mampu menarik minat kanak-kanak ini dalam berkreativiti. Ini sebagai aktiviti tambahan yang boleh diaplikasikan oleh guru-guru tabika KEMAS dan juga para ibu bapa penjaga kepada anak-anak ini.

 

 

HARI SUKAN NEGARA 2017 KAWASAN 5 MUKIM PONTIAN

 

IMG 20171014 162843

Pada 14 Oktober 2017, telah berlangsung pelbagai aktiviti diseluruh negara sempena sambutan Hari Sukan Negara. Program ini bertujuan untuk membudayakan sukan sebagai amalan gaya hidup sihat dikalangan komuniti masyarakat. Di jalankan aktiviti berasaskan kesihatan serentak di seluruh negara pada sabtu kedua bulan oktober setiap tahun.  Kawasan 5 Mukim Pontian turut melaksanakan program ini. Program ini telah dianjurkan oleh KEMAS Kg Parit Baru dan WLKKg Parit Baru. Program ini telah dijalankan di perkarangan surau dan Balai Raya Kg Parit Baru. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Senamrobik, sukaneka etc.