- Teknologi Dan Anda & Rapid Typing For Kids Program
Pada 8hb Mac 2018, pihak PEDi dengan kerjasama KEMAS Kampung Parit Baru telah menjalankan Program “Teknologi Dan Anda” & “Rapid Typing For Kids Program”. Program yang berlangsung selama 2 jam (10.00 pagi – 12.00 tengahari) itu melibatkan 21 orang murid, 2 orang petugas KEMAS dan seorang wakil ibu bapa. Program Teknologi Dan Anda bertujuan untuk memberi latihan asas komputer kepada murid-murid dan petugas KEMAS. Mereka diperkenalkan cara penggunaan setiap komponen komputer seperti tetikus, keyboard, monitor (asas) sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya. Murid-murid kemudiannya ditunjukkan penggunaan aplikasi Rapid Typing di mana latihan menaip huruf dengan pantas. Aplikasi Rapid Typing digunakan untuk menguji sejauh mana murid-murid dapat menggunakan keyboard dengan baik, melihat huruf dipaparkan di skrin monitor kemudian menterjemahkan dengan menekan kekunci yang betul. Program ini memberi pendedahan kepada murid-murid yang baru sahaja masuk ke alam pra sekolah dan memantapkan kemahiran murid-murid yang berpengalaman dalam menggunakan komputer. Selain itu, aktiviti ini dapat menguji daya ingatan murid terhadap huruf-huruf yang telah mereka pelajari di tabika.
Creative Excel Part 1
Program ini telah dijalankan pada 9hb Mac 2018 bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, bertempat di PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan bagi meningkatkan kreativiti pelajar. Jika sebelum ini pelajar banyak didedahkan dengan latihan membina jadual, format jadual, membina graf serta membuat kira-kira, kali ini pelajar diberi latihan berbeza iaitu menggunakan Perisian Excel untuk membuat seni kuhfi. Program ini melibatkan 6 orang pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan utama program ini adalah latihan seni kuhfi menggunakan Microsoft Excel. Penerangan ringkas daripada petugas, kemudian pelajar diberi contoh seni kuhfi dan diminta untuk membuat latihan. Kebaikan program seperti ini dapat menjadikan pelajar lebih kreatif dalam menggunakan perisian Excel. Memberi pendedahan kepada pelajar bahawa perisian seperti Excel juga boleh menghasilkan seni kuhfi yang cantik dan penggunaanya yang ringkas amat memudahkan pelajar.