- Creative Art Kad Raya
- Creative Art Kad Raya bersama remaja telah diadakan pada 5hb Jun 2018. Aktiviti bersama remaja sempena syawal yang bakal menjelang. Aktiviti ini diadakan bagi menggalakkan kreativiti mereka menyiapkan kepingan kad raya. Seramai 4 orang remaja terlibat dalam menjayakan program ini. Aktiviti ini dapat mengasah bakat terpendam dan melatih kreativiti mereka agar nilai sentimental terhadap kada raya masih berkekalan. Aktiviti utama adalah membuat kad raya, kemudian mewarnakannya dan peserta diminta untuk menulis ucapan pada kad raya yang telah mereka hasilkan.
Program Iftar Bersama Anak-anak Yatim dan Pengurusan OUM
Pada 6hb Jun 2018, pihak PEDi Parit Selangor telah dijemput menghadiri Program Iftar Bersama Anak-anak Yatim dan Pengurusan OUM. Majlis berlangsung bermula dari pukul 5.30 petang sehingga 8.30 malam di Pusat Pembelajaran OUM Pontian. Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pihak Pengurusan OUM Pontian. Turut diadakan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang terpilih dari beberapa sekolah rendah di daerah Pontian ini. Sumbangan yang diberikan diharap dapat menyerikan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak ini. Seramai 80 orang terlibat menjayakan majlis ini termasuk staff OUM, tutor, pelajar-pelajar OUM, anak-anak yatim serta penjaga mereka dan orang perseorangan yang menyumbang dalam menjayakan majlis tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan ramadhan selain memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yang memerlukan ini.
Program Promosi Kuiz My Health Dashboard Komuniti
Pada 22hb Jun 2018, telah diadakan Program Promosi Kuiz My Health Dashboard Komuniti di PEDi . 4 orang remaja telah turut serta dalam menjawab soalan-soalan yang dimuatnaik ke portal Dashboard Komuniti. Kali ini mereka dikehendaki menjawab kuiz di bawah komponen My Health. Staf mewar-warkan berkenaan kuiz dashboard bahagian kedua telah pun bermula. Setelah menjawab kuiz tersebut, peserta membuat pemeriksaan kesihatan dengan menimbang berat dan pemeriksaan tekanan darah.