mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Januari 2018

JAN
  1. Laporan Aktiviti PEDi Januari 2018

 

  1. Penyerahan Sijil Kursus ICT & Sijil MIV
  2. Penyerahan Sijil Kursus ICT & Sijil MIV telah diadakan pada 10hb Januari 2018 bertempat di PEDi Parit Selangor. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk menyerahkan sijil tamat latihan ICT kepada peserta yang telah menamatkan kursus ICT sepanjang musim cuti persekolahan dan juga penyerahan sijil kepada sukarelawan MIV yang terlibat semasa kursus MIV sebelum ini. Antara penerima sijil-sijil ini adalah 4 murid sekolah rendah, seorang pelajar sekolah menengah dan 2 orang belia. Kelebihan majlis ini diadakan adalah dapat memberi semangat kepada pelajar kerana sijil-sijil yang dianugerahkan akan berguna utk kegunaan mereka pada masa akan datang selain ilmu ICTdan kesukarelawanan yang dipelajari.
  3.  

 

  1. Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang/Peserta Dashboard Komuniti

 

  1. Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang/Peserta Dashboard Komuniti telah diadakan di PEDi Parit Selangor pada 19hb Januari 2018. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk menyerahkan hadiah-hadiah kepada pemenang yang telah menyertai aktiviti yang dijalankan di bawah program Dashboard Komuniti iaitu MyHealth dan Pin-Up Location. Penerima-penerima hadiah ini adalah terdiri daripada 20 orang murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga dewasa. Kelebihan bagi mengadakan majlis ini adalah untuk menggalakkan penyertaan peserta dalam apa-apa program yang akan dianjurkan oleh PEDi pada masa akan datang. 
    1.  

 

  1. Sambutan Maulidur Rasul Kampung Parit Selangor
    1. Sambutan Maulidur Rasul Kampung Parit Selangor telah diadakan pada 20hb Januari 2018 di Masjid Jamek Kampung Parit Selangor. Sambutan ini diadakan bertujuan bg meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, memperingati dan mengamalkan sunnah Rasulullah selain memupuk semangat kerjasama dikalangan penduduk kampung dari pelbagai peringkat umur. Acara utama yang diadakan adalah ceramah agama oleh Haji Ahmad Faisal bin Ahmad. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
      1.  

 

Dashboard Komuniti – MyHealth

Dashboard Komuniti – MyHealth telah diadakan pada 26hb Januari 2018 di PI Parit Selangor. Program ini dijalan bertujuan untuk menggalakkan golongan belia dan remaja untuk sentiasa memantau tahap kesihatan. Aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan berat dan tekanan darah. Program memberi penekanan kepada peserta kepentingan penjagaan kesihatan, termasuk menjaga diet dan pemakanan seimbang, bersenam dan bersukan, serta pengurusan stress yang bijak.