KURSUS TAHUNAN PENGURUS PI1M NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2018
Pada 6hb Feb 2018 hingga 9hb Feb 2018 bertempat di Hotel Grand Blue Wave Johor Bahru, telah di adakan ‘refreshment training’ / kursus tahunan untuk semua pengurus PEDi negeri Johor yang berada di bawah seliaan TM oleh pihak MSD Digital Intelligence. Kursus ini melibatkan kira-kira 36 orang pengurus PEDi dari seluruh negeri Johor, serta melibatkan pihak pengurusan MSD Digital Intelligence Pejabat Wilayah selatan, Team Dashboard Komuniti HQ MSD, serta turut serta adalah pegawai-pegawai daripada MSD Digital Intelligence HQ seperti En. Jasmi dan En.Tawfik. Kursus tahunan ini diadakan bagi menentukan hala tuju PEDi serta KPI bagi tahun 2018 ini. Tahun ini, pihak daripada Kementerian Kesihatan Malaysia turut serta di mana PEDi telah menjadi rakan KOSPEN. Di mana PEDi turut berfungsi sebagai salah satu lokasi bagi melakukan saringan kesihatan kepada komuniti setempat sekaligus mengguna pakai aplikasi dashboard sedia ada iaitu My Health.
DASHBOARD KOMUNITI ‘WEEKEND ACTIVITIES’ BERSAMA REMAJA
Pada 23hb Februari 2018, pengunjung yang berkunjung telah melakukan aktiviti dashboard komuniti. Aktiviti ini telah dijalankan bersama golongan remaja. Antara aktiviti yang dilakukan adalah mencari maklumat lokasi menarik di sekitar daerah Pontian bagi dimasukkan di dalam Dashboard Komuniti, selain itu turut memberikan panduan bagaimana menggunakan aplikasi dashboard komuniti itu sendiri. Ini bagi menggalakkan penggunaan dashboard komuniti kepada pengunjung PEDi .
ADVOKASI TEKNOLOGI DAN ANDA BERSAMA KEMAS PONTIAN BESAR KIRI
Advokasi teknologi dan anda bersama merupakan salah satu aktiviti yang mengajak komuniti untuk mendekatkan diri dengan teknologi serta menggalakkan penggunaan teknologi. Sehubungan dengan itu, pada 25hb Februari 2018 satu aktiviti telah diadakan dengan kerjasama KEMAS Pontian Besar Kiri. Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada anak-anak di kemas terhadap penggunaan teknologi. Sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu dalam cara yang lebih interaktif dan menarik. Anak-anak di TABIKA KEMAS ini diberi peluang belajar dengan menggunakan netbook menerusi aplikasi pdk.net. Pembelajaran yang interaktif ini akan menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi.