mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI PEDi PARIT SELANGOR – OKTOBER 2021

OKT 2021

 OKT 2021

E Tuisyen Oktober 2021

Tarikh   2, 9, 16, 23 Okt 2021
Masa 10.00 Am – 11.00 Am
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. SITI NURHANNAH SOFEA BINTI HAIRUN NAJIHIN
  2. MUHAMMAD AQIFF IMAN BIN MOHD ROSLI
  3. SITI RAIHAN BINTI ABD RAHMAN
  1. Kelas e-tuisyen yang dijalankan ini adalah sebagai kelas tambahan/latihan kepada para pelajar yang menyertainya. Setiap sesi kelas etuisyen adalah selama 1 jam sahaja.Jadual/ guru yang mengajar/ tarikh adalah tertakluk kepada pilihan peserta. Peserta dapat belajar bersama pelajar daripada seluruh Malaysia. Guru yang mengajar adalah terdiri daripada mereka yang bertauliah.

 

    1. Digital Competency Score test bersama pelajar tahun 6 SK Parit Selangor
    2. Tarikh   6 Oktober 2021
      Masa 2.00pm – 4.00pm
      Lokasi PEDi Parit Selangor
      Peserta
      1. NURAWATIF FARHAH BINTI MOHD FARID
      2. HAMIM ZUHAILI BIN MD DIAH
      3. MUHAMMAD HIDAYAT BIN HAMDAN
      4. PUTRI SYARAH QISTINA BINTI AZMI
    3. Seramai 4 orang pelajar di bawah seliaan guru sains mereka, Cikgu Rahim telah hadir ke PEDi bagi menduduki ujian di atas talian. Ujian berkenaan adalah ‘Digital Competency Score’ bagi keperluan penilaian pentaksiran tahun 6 mereka. Para pelajar ini adalah mereka yang tidak mempunyai kemudahan komputer di rumah dan mengalami masalah talian internet.Ujian ini diperlukan bagi melengkapkan pengajian tahun 6 mereka. 

 

MOBILE EWASTE

Tarikh   15 OKTOBER 2021
Masa
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NUR ZULAIHA BINTI OSMAN

Mobile ewaste adalah program mengitar semula peranti elektronik yang dijalankan sepanjang tahun di dalam komuniti. Penerangan & pendedahan kepada komuniti sekitar cara yang betul bagi mengitar semula peranti elektronik mereka.Komuniti setempat hadir ke PEDi Parit Selangor bagi menyerahkan peranti elekronik mereka yang ingin dikitar semula.

 

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG USAHAWAN DIGITAL PERINGKAT PIK

Tarikh   29 & 30 OKTOBER 2021
Masa
Lokasi PEDi Parit Selangor
Peserta
  1. NUR ELEENA BINTI SADIKON
  2. PUTRI SALINA RAIS BINTI ISMAIL
  3. MUHAMMAD ZULHAZMI BIN AZIZ

Sepanjang ogos dan September, Pertandingan Usahawan Digital 2021 peringkat PEDi telah dijalankan. Seramai 3 orang peserta telah menyertainya. Ketiga-tiga peserta ini menggunakan platform digital shopee. Peserta pertama, Saudari Eleena merupakan usahawan yang menjual produk berasaskan nanas yang diusahakan keluarga beliau. Dalam pada itu beliau telah mencuba mengembangkan perniagaan tersebut secara atas talian menggunakan platform shopee ini. Peserta kedua, Saudari Salina pula merupakan stokis produk pekasam. Beliau menjadikan perniagaan ini sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau. Peserta ketiga, saudara Zulhazmi yang menjual produk washable facemask. Kebiasaannya, beliau menjual menggunakan media sosial beliau seperti facebook dan whatsapp. Sepanjang 2 bulan pertandingan ini, keputusan telah diperolehi dan penyampaian hadiah telah dijalankan.