mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti PEDi Parit Selangor Disember 2018

 

ADVOKASI KDB & PROMOSI KUIZ DASHBOARD KOMUNITI

Advokasi Kdb & Promosi Kuiz Dashboard Komuniti telah diadakan selama 1 jam (2.30pm-3.30pm) pada 2hb Disember 2018. Program ini diadakan di PEDi Parit Selangor. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan Klik Dengan Bijak untuk pengunjung disamping promosi kuiz dashboard komuniti 2018 dan disampaikan kepada 6 orang pengunjung PEDi . Antara kebaikan program ini adalah untuk meningkatkan penggunaan media sosial di kalangan pengunjung secara berhemah selain dapat meningkatkan pengetahuan terhadap aplikasi dashboard. Aktiviti utama yang dilaksanakan adalah menjawab Kuiz Dashboard Komuniti dan Advokasi Klik Dengan Bijak.

 

 

FITNESS TEST : Push Up Challenge Sempena Program Jom Sihat

FITNESS TEST : Push Up Challenge Sempena Program Jom Sihat telah diadakan pada 20hb Disember 2018 dari jam 4 petang hingga 6 petang. Aktiviti yang dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti tahap kecergasan para remaja dan belia yang hadir. ini bagi memupuk minat bersenam di kalangan orang muda. Kebaikan program ini adalah dapat meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan dan kecergasan dikalangan remaja/belia yang sering mengunjungi PEDi .

 

 

JOM SIHAT BERSAMA PEDi PARIT SELANGOR

JOM SIHAT BERSAMA PEDi SELANGOR telah diadakan pada 21hb Disember 2018. Program dengan kerjasama Kospen, KEMAS, Klinik Kesihatan Pekan Nanas, Klinik Desa Parit Selangor  bertujuan untuk memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Eratkan kerjasama PEDi dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Program ini telah disertai seramai 88 orang pengunjung terdiri daripada komuniti setempat iaitu daripada Kampung Parit Selangor, Kampung Parit Baru, Parit Kasim dan kawasan sekitar. Kebaikan program ini adalah untuk Menggalakkan pengunjung untuk menjadikan PEDi  sebagai salah satu tempat rujukan bagi komuniti sihat.

 

 

 PROGRAM SUKAN RAKYAT Kawasan 5 Mukim Pontian 

Pada 23hb Disember 2018, petugas PEDi Parit Selangor telah berpeluang untuk turut serta dalam Program Sukan Rakyat Kawasan 5 Mukim Pontian. Program khas untuk penduduk Kampung Parit Selangor ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari,telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Kampung Parit Selangor dengan kerjasama Masjid Jamek Parit Selangor bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dikalangan penduduk kampung melalui program berunsurkan santai seperti sukaneka sukan kampung ini. Dengan kehadiran petugas PEDi Parit Selangor ke program ini, dapat mendekatkan staf PEDi dengan komuniti sekitar dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.