- Majlis Doa Selamat Dan Ramah Mesra Aidil Fitri Bersama Kemas Kg Parit Baru
Pada 15hb Julai 2018, staff PEDi Parit Selangor telah menerima undangan daripada pengurusan KEMAS Kampung Parit Baru bagi Program Majlis Doa Selamat Dan Ramah Mesra Aidil Fitri. Program yang berjalan selama 2 jam itu diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim bersama warga KEMAS Kg Baru dan komuniti sekitar. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin serta doa selamat, di akhiri dengan marhaban secara beramai-ramai. Kemudian diakhiri dengan jamuan ringan. Sementara ibu, pihak PEDi juga berkesempatan mempromosikan Program Hari Bersama Komuniti 2018.
- Program Mewarna 3D Quiverversion.com (Tabika KEMAS Pontian Besar Kiri & Tabika KEMAS Parit Baru)
- Pada 17hb dan 19hb Julai, pada waktu yang sama iaitu pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, telah diadakan Program Mewarna Quiver di Tabika KEMAS Pontian Besar Kiri & Tabika KEMAS Parit Baru.
- Program Mewarna dengan menggunakan aplikasi Quiver (quiverversion.com) yang memberikan peluang kepada kanak-kanak pra sekolah menterjemahkan hasil karya mewarna mereka dalam bentuk 3D, selain memberi keyakinan diri kepada murid di dalam berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan juga staf PEDi semasa program sedang berjalan. Seramai 25 orang murid Tabika KEMAS Pontian Besar Kiri dan 22 orang murid Tabika KEMAS Kampung Parit Baru terlibat di dalam dua aktiviti berasingan ini.
Gambar-gambar sekitar aktiviti dijalankan di Tabika KEMAS Pontian Besar Kiri
Gambar-gambar sekitar aktiviti dijalankan di Tabika KEMAS Parit Baru
- Kuiz Dashboard Komuniti (Peringkat PEDi )
Program ini telah dijalankan sehari sebelum berlangsungnya Program Hari Bersama Komuniti 2018. Aktiviti sempena Program Hari Bersama Komuniti PEDi 2018 memberi pendedahan kepada peserta (pelajar sekolah menengah) berkaitan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menjawab soalan-soalan kuiz.Seramai 9 orang pelajar sekolah menengah turut serta dalam menjawab soalan-soalan kuiz yang diedarkan. Dengan menyertai kuiz ini, peserta dapat mengasah kemahiran carian maklumat di Internet dan memahirkan mereka menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang disediakan
Advokasi & Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor
Pada 21hb Julai 2018, PEDi Parit Selangor telah mengadakan Advokasi & Hari Bersama Komuniti PEDi Parit Selangor. Program ini merupakan program tahunan sekaligus mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat dan juga sebagai platform mempromosikan aplikasi dashboard komuniti.Seramai 81 orang penduduk tempatan dan agensi swasta telah terlibat dalam menjayakan program ini yang berlangsung selama 4 jam ini. Pelbagai program telah diadakan antaranya, Bengkel asas ict bersama ngo perkumpulan perempuan parit selangor (wi), muat turun apps – dashboard komuniti, myhealth checkup, myshop, kuiz dashboard komuniti peringkat PEDi (dewasa), edaran risalah klik dengan bijak/mobile e-waste, sebenarnya.my berserta tayangan video klik dengan bijak. Majlid penutup telah dirasmikan oleh Penghulu (1) Mukim Pontian Encik Norhazman Bin Misran.