KISAH KEJAYAAN PROGRAM NADI: MAHIR MASAK

Kisah Kejayaan | 21 April 2026
TAJUK PROGRAMKURSUS MAHIR MASAK
TEMPATNADI PARIT SELANGOR
TARIKH06 APRIL 2026

PENGENALAN

Program Kursus Mahir Masak ini dianjurkan oleh Pusat NADI bagi memberi peluang kepada komuniti setempat,khususnya golongan suri rumah dan belia, untuk mempelajari kemahiran baharu dalam bidang kulinari. Fokus minggu ini adalah kepada pembuatan Mexican Bun yang merupakan antara roti popular dan berpotensi untuk dijadikan produk jualan.

PELAKSANA PROGRAM

Program ini telah dijalankan secara praktikal di mana peserta diberi tunjuk ajar langkah demi langkah bermula daripada penyediaan bahan, teknik menguli doh, proses fermentasi sehingga kepada teknik membakar yang betul. Peserta juga didedahkan kepada tips menghasilkan tekstur bun yang lembut dan topping yang menarik.

Sepanjang program, peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dan berjaya menghasilkan Mexican Bun dengan kualiti yang memuaskan. Tenaga pengajar turut memberi bimbingan secara individu di dalam talian bagi memastikan setiap peserta memahami proses dengan jelas.

KISAH KEJAYAAN

Salah seorang peserta, Puan Rugayah binti Reban yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman membuat roti Mexican Bun, telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Selepas mengikuti kursus ini, beliau mula mencuba sendiri di rumah dan berjaya menghasilkan Mexican Bun untuk dijual secara kecil-kecilan.

Dalam tempoh beberapa minggu, beliau menerima tempahan daripada jiran dan rakan-rakan,sekaligus menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan tambahan. Kejayaan ini membuktikan bahawa program yang dianjurkan oleh Pusat NADI mampu memberi impak positif kepada ekonomi peserta.

MANFAAT PROGRAM

Program ini telah memberi banyak manfaat kepada peserta antaranya:-

1. Meningkatkan kemahiran dalam bidang masakan dan pembuatan roti
2. Memberi pendedahan kepada peluang peniaga kecil
3. Menambah keyakinan diri peserta untuk mencuba sesuatu yang baharu
4. Menggalakan penggunaan kemahiran sebagai sumber pendapatan

PENUTUP

Secara keseluruhannya,program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada peserta. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai komuniti meningkatkan kemahiran dan taraf ekonomi mereka.

GAMBAR DI SINI