mcmc
Aktiviti Semasa

Kerjasama NADI Parit Selangor Bersama Komuniti Madani Wujudkan Situasi Menang-Menang

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Mohammad Muhaimin Hussin (Pontian)

PONTIAN, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Kerjasama antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama Komuniti Madani mampu mewujudkan situasi menang-menang yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Maju Jaya Mohammad Muhaimin Hussin ketika berucap merasmikan program berkhatan di NADI Kampung Parit Selangor

Ketua Komuniti MADANI Kampung Maju Jaya Mohammad Muhaimin Hussin, berkata NADI mampu menjadi penghubung masyarakat melalui sebaran maklumat khususnya dasar-dasar kerajaan disamping menggalakkan penduduk kampung celik teknologi maklumat.

“Justeru ahli-ahli Komuniti MADANI diseru mengimarahkan pusat-pusat NADI yang berhampiran dengan menggunakan kemudahan berkaitan teknologi maklumat yang disediakan.

Pancutan air daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Daerah Pontian memeriahkan suasana sebelum program berkhatan yang diadakan di NADI Kampung Parit Selangor

“Fasiliti lengkap berkaitan teknologi maklumat  yang terdapat di NADI Kampung Parit Selangor seharusnya digunakan oleh  ahli- ahli komuniti dengan sebaiknya,“ katanya ketika berucap merasmikan Program Berkhatan Mukim Pontian 2025 yang diadakan di NADI Kampung Parit Selangor, di sini semalam.

Tambah Muhaimin yang juga Penghulu Mukim Pontian, beliau optimis kerjasama NADI bersama Komuniti MADANI akan sentiasa terjalin dari dahulu hingga sekarang.

Pada program tersebut, seramai 30 kanak- kanak berjaya dikhatankan dengan bayaran kos berkhatan sebanyak RM20 sahaja.

Turut hadir, Pengurus NADI Parit Selangor Hilyatun Nazah Sanif dan Ketua MADANI Kampung Parit Ibrahim Luqman Nulhakim Zulkarnain.

-AA-

#sumber facebook : Malaysia Aktif