Aktiviti bersama TABIKA Kemas Kg Parit Baru dengan pelajar seramai 10 orang. Aktiviti e-learning menggunakan kemudahan peralatan komputer sebagai langkah awal dalam memberikan pendedahan dengan teknologi maklumat (ict). Aktiviti yang dijalankan semasa kelas pada minggu ini adalah pengenalan kepada penggunaan komputer dan cara yang betul bagi menggunakan tetikus. Aktiviti ini dapat membantu mengaktifkan motor halus meraka, sekaligus menarik minat untuk mempelajari sesuatu yang berlainan. Selain itu, ini dapat meluaskan interaksi bersama individu dewasa lain selain ahli keluarga dan guru di sekolah.