Hari Sukan Negara 2017 Kawasan 5 Mukim Pontian telah diadakan pada 14hb Oktober 2017 bertempat di perkarangan Balairaya dan Surau Kampung Parit Baru. Program ini telah dianjurkan oleh KEMAS Kampung Parit Baru dan WLK (Wanita Luaskan Kuasa) Kampung Parit Baru. Lebih 100 orang penduduk Kampung Parit Baru, Parit Selangor dan kawasan sekitar telah mengikuti aktiviti yang dijalankan bermula sejak jam 8.00 pagi lagi.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamanrobik yang diikuti oleh kaum wanita dan lelaki serta anak-anak Tabika KEMAS Kampung Parit Baru. Aktiviti diteruskan lagi dengan sukaneka seperti kerusi beracun, lari dalam guni, bawa bola dalam sudi, tiup belon sampai pecah dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan adalah sebagai salah satu cara menggalakkan semangat kesukanan serta aktiviti sihat di kalangan komuniti sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk kampung.