mcmc
Maklumat Setempat

Hari Malaysia Bersama Anak-Anak Tabika Kemas Kg Parit Baru

  1. Pada 13hb September, telah diadakan Program Hari Malaysia Bersama Anak-Anak Tabika Kemas Kg Parit Baru. Program diadakan di Pusat Internet dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.
  2. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan Jalur Gemilang iaitu bendera kebanggaan Malaysia serta bunga kebangsaan di samping aktiviti mewarna yang dijalankan. Penggunaan alatan ict seperti Komputertelah digunakan bagi menambahkan kemahiran mereka. Perisian Paint digunakan sebagai salah satu cara untuk memahirkan mereka dengan penggunaan mouse dengan baik berbanding cara mewarna manual menggunakan pensil warna. di akhir program ini, pihak Pusat Internet juga memberi peluang kepada mereka untuk menonton tayangan video dengan menyelitkan aktiviti tayangan video kisah teladan.