Pada 10hb Februari 2018, telah diadakan program gotong royong membersihkan kawasan sekolah dan persekitaran Sekolah Kebangsaan Parit Selangor. Antara yang terlibat adalah ibu bapa pelajar serta penduduk kampung yang prihatin terhadap kebersihan persekitaran sekolah. Program telah dijalankan pada sebelah pagi dan jamuan telah disediakan bagi menghargai semua yang terlibat.