Program ini bertujuan untuk memperkenalkan topik kenderaan kepada kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Selain melatih mereka mempunyai pengetahuan terhadap pengangkutan dan kenderaan, e-pembelajaran ini juga melatih mereka berinteraksi dengan multimedia. Menjawab soalan dengan menekan tetikus dan berinetraksi dengan respond daripada perisian tersebut. 10 orang murid 5 dan 6 tahun terlibat menyertai program yang diadakan pada 8hb Ogos ini. Butiran berkaitan aktiviti adalah pengenalan kepada nama-nama dan jenis kenderaan/ pengangkutan, berpeluang belajar membaca dan mengeja dan menjalankan aktiviti interaktif menjawab soalan dalam bentuk permainan pendidikan menggunakan komputer. Program ini dapat memberikan pengetahuan baru berkaitan kenderaan di darat, laut, dan udara, melatih mereka untuk lebih berani kedepan dan belajar mengeja serta membaca serta melatih murid untuk menggunakan komputer. Latihan yang berterusan akan menjadikan mereka lebih mahir.