mcmc
Keusahawanan

CENDAWAN.COM

286554685 874227953518276 7658403065243782252 n
 
 
286554685 874227953518276 7658403065243782252 n
 
Apa yang boleh anda lakukan dengan bongkah cendawan yang telah expired? Sedikit Perkongsian daripada usahawan cendawan tiram di Kampung Parit Selangor Pontian ini. Saudara Muhamad Saidan berkongsi info kepada para pembeli/pelanggan beliau yang mempunyai bongkah cendawan yang telah expired.
 
‘Macam biasa salah satu soalan adalah nak buat apa, nak buang kat mana bongkah yang dah expired tu nanti. Sebelum ni kami pernah membuat posting berkenaan bongkah expired tapi malas nak cari semula so kami post sekali lagi berkaitan bongkah expired untuk kegunaan bersama dan kebetulan harini juga kami sedang menguruskan salah satu pondok yang mempunyai bongkah expired.
Kebiasaannya jangka hayat untuk bongkah kami adalah sekitar 3.5-4 bulan. Lain grower lain pula yang mereka aplikasikan. Ada yang 3 bulan sahaja, ada yang lebih. Malah ada pernah terbaca disatu komen dalam group cendawan ada yang sampai 8 bulan. Nak kena belajar ni dengan beliau cara menjaga bongkah sampai 8 bulan ?.
Cara kami :
? Bongkah yang sudah 3.5 bulan dibuka lehernya
? Biarkan beberapa hari kerana masih ada cendawan yang akan keluar. Cuma kebiasaan cendawan yang keluar tidak banyak tapi mempunyai kelopak yang besar. Sebahagian cendawna yang keluar tidak cantik.
? Setelah seminggu baru kami keluarkan dari pondok cendawan
Bongkah yang dikeluarkan biasanya samada kami bakar untuk dijadikan abu atau kami kepada mereka yang berminat. Biasanya mereka yang menyemai pokok bunga dan sayuran berminat mengambil bongkah expired ini sebagai bahan campuran media tanama kerana sifat habuk ini seakan cocopeat yang boleh menyimpan air’.
 
Kepada mereka yang berminat untuk menanam cendawan/menjaga bongkah cendawan/mendapatkan bekalan cendawan, boleh berhubung dengan Saudara Saidan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut di nombor 014-8406185.