Program Sukan Negara Peringkat Kebangsaan
Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan telah dijalankan di seluruh negara pada Sabtu, 8hb Oktober 2016. Program ini disertai oleh penduduk Kg Pt Selangor dan Kg Pt Baru / pelajar SK Pt Selangor/ pelajar Tabika KEMAS Kg Pt Baru di perkarangan balai raya Kg Pt baru. Manakala di perkarangan padang Stadium Pontian disertai oleh pelajar-pelajar sekolah sekitar kawasan bandar dan penduduk daerah Pontian.
Di peringkat kampung, antara aktiviti yang dijalankan adalah 10000 langkah dan senamrobik. Manakala di peringkat daerah, antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik (zafina), strongman, pertandingan bola jaring, kayuhan muafakat oleh belia, serta kanak-kanak tadika. Seni mempertahankan diri seperti silat dan teakwando.
Program Memasak Bubur Lambuk Anjuran PDK Sinar Bakti
Pada 21hb Jun 2016, Program Memasak Bubur Lambuk telah dianjurkan oleh PDK Sinar Bakti Pontian dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Pontian. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tee Siew Keong yg merupakan ahli dewan undangan negeri Pulai Sebatang. Sebanyak 3 periuk bubur lambuk telah disediakan untuk diedarkan kepada komuniti setempat.
Bengkel dan Pertandingan Lompat Tali Peringkat Daerah Pontian (23/4/2016)
Pada 23hb April 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Penggawa Barat telah menganjurkan bengkel dan pertandingan lompat tali peringkat daerah Pontian. Sebanyak 6 buah sekolah merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah telah turut serta dalam program ini. Program ini telah diadakan bermula dari pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Antara sekolah-sekolah yang terlibat antaranya SK Tengku Mahmood Iskandar (1), SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, SMK Telok Kerang dan SMK Sri Kukup.
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Ibu Tunggal dan Warga Emas
Majlis penyampaian sumbangan daripada UMNO Parlimen Tanjung piai kepada ibu-ibu tunggal & warga emas Kampung Parit Selangor. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wee Jack Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Pontian Johor