Pada 10 Mei hingga 17 Mei 2019, murid-murid darjah 5 daripada Sekolah Kebangsaan Parit Selangor telah beramai-ramai hadir ke PEDi Parit Selangor untuk menyiapkan kerja kursus Sejarah yang mana termaktub di dalam markah peperiksaan mereka. Jadi, sebagai pelatih, kami turut memberi latihan dengan mengadakan bengkel ringkas bagi mereka yang masih tidak tahu menggunakan perisian Microsoft Word dan juga e-mel. Seramai 21 orang murid terlibat berserta ibu bapa yang membantu anak-anak mereka menyiapkan kerja kursus tersebut.
{gallery}stories/kerja_kursus_darjah5/gallery}