mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

Program Hari Raya 2017 Belia Kampung Parit Selangor dan Kampung Parit Baru

Gambar-gambar sekitar Program Baraan Hari Raya 2017 oleh Belia Kampung Parit Selangor, Belia Kampung Parit Baru dan Belia Kampung Bukit Panjang sepanjang Hari Raya pertama hingga Hari Raya keempat. Program baraan ini merupakan program tradisi turun temurun yang diadakan setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri disertai belia Kampung Parit Selangor, Kampung Parit Baru dan Kampung Bukit Panjang. Program yang menghimpunkan belia ketiga-tiga kampung ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk dan juga komuniti di kesemua kampung berhampiran.

 

Aktiviti Gotong Royong Sekitar Kawasan PEDi

Pada 26hb Mei 2017, beberapa orang remaja dan belia Kampung Parit Selangor telah bersama-sama staff PEDi menjalankan kegiatan gotong royong di kawasan PEDi merangkumi bahagian luar PEDi, membersihkan longkang, dan memesin rumput. Ini bertujuan bagi memastikan keadaan sekitar PEDi sentiasa bersih, cantik dan selamat.

 

Program Sukarelawan MIV – Bengkel Adobe Photoshop

Bengkel Adobe Photoshop telah diadakan pada 20hb Mei 2017. Program ini merupakan sebahagian program sukarelawan MIV Parit Selangor di mana ianya bertujuan untuk membantu belia-belia di Kampung Parit Selangor pentingnya penggunaan perisian multimedia untuk dipelajari. Sukarelawan MIV yang terlibat menjadi fasilitator di dalam program ini adalah saudara Zulhazmi, selain memberi tunjuk ajar kepada belia di sini, beliau turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang beberapa bulan menjadi sukarelawan MIV Parit Selangor.

 

Majlis Pelancaran Transformasi 100 Tahun Kampung Parit Baru, Pekan Nanas Menuju 2020

Pada 1hb Mei, telah diadakan Majlis Pelancaran Transformasi 100 Tahun Kampung Parit Baru, Pekan Nanas Menuju 2020. Pelbagai acara telah diadakan iaitu acara sukaneka di kalangan penduduk Kampung Parit Baru dan kawasan sekitarnya, serta program anak angkat anjuran bersama Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat Johor. Di dalam program ini, MIV PEDi Parit Selangor telah menjadi sukarelawan bagi melancarkan program tersebut.

 

Bengkel MIV (Malaysia ICT Volunteer) di Grandeur Palm Resort, Senai

Pada 21-22 April 2017, telah diadakan Bengkel MIV, satu program yang dianjurkan oleh pihak SKMM di mana sukarelawan dilantik mewakili setiap PEDi di daerah Pontian. Seramai 36 orang peserta merangkumi sukarelawan dan pengurus yang mewakili setiap PEDi daerah Pontian. Bagi PEDi Parit Selangor, seramai tiga orang sukarelawan  di kalangan belia Kampung Parit Selangor telah dipilih untuk menyertai bengkel ini iaitu saudara Muhammad Zul Hazmy bin Aziz, Nur Izzati binti Jamil dan Nur Iffah Hanis binti Jamil.

Aktiviti Gotong Royong Sekitar Kawasan PEDi

Pada 1hb April 2017, beberapa orang remaja dan belia Kampung Parit Selangor telah bersama-sama staff PEDi menjalankan kegiatan gotong royong di kawasan PEDi merangkumi bahagian luar PEDi, membersihkan longkang, memesin rumput sehingga ke kawasan Padang Futsal berhampiran. Ini bertujuan bagi memastikan keadaan sekitar PEDi sentiasa bersih, cantik dan selamat.

Aktiviti Lapang Belia di PEDi Parit Selangor

Memandangkan kebanyakan ahli PEDi terdiri daripada kalangan belia, banyak masa lapang mereka dihabiskan di sini. Pelbagai aktiviti santai dibuat bagi mengisi masa lapang. Kami di PEDi ada menyediakan bahan-bahan untuk mereka gunakan. Di samping itu, ada di antara mereka menggunakan perkhidmatan Wi-Fi bagi menyiapkan tugasa sekolah dan Universiti mereka.

Program Hari Raya 2016 Belia Kampung Parit Selangor dan Kampung Parit Baru

Gambar-gambar sekitar Program Baraan Hari Raya 2016 oleh Belia Kampung Parit Selangor dan Belia Kampung Parit Baru. Program baraan ini merupakan program tradisi turun temurun yang diadakan setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri disertai belia Kampung Parit Selangor, Kampung Parit Baru dan Kampung Bukit Panjang. Program yang menghimpunkan belia ketiga-tiga kampung ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk dan juga komuniti di kesemua kampung berhampiran.

Program Sukan Rakyat Sempena Program Mesra dan Hari Kesihatan (30/4/2016)

Pada 30hb April 2016, satu program sukaneka dan sukan rakyat telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Kampung Parit Selangor. Program ini telah disertai oleh pelbagai golongan dan peringkat umur meliputi kanak-kanak, belia, dewasa sehinggala warga emas. Pelbagai jenis sukan telah diatur termasukla tarik upih pinang, tarik tali, pancing botol, lari dalam kain dan sebagainya. Program ini telah bermula seawal pagi iaitu jam 8.00 pagi sehingga Majlis Perasmiannya yang dirasmikan oleh ADUN Kukup iaitu Tuan Haji Suhaimi bin Salleh. Tidak ketinggalan juga, pemeriksaan kesihatan juga telah dijalankan pada pagi tersebut dengan bantuan sukarelawan KOSPEN yang mengendalikan aktiviti tersebut.

Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan

Pada 6hb Mac 2016, belia Kampung Parit Selangor telah menjalankan gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kampung Parit Selangor dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Johor cawangan Pontian.

Festival Anak Seni Johor 2015

Pada 27hb November 2015 – 2 Disember 2015, Persatuan Kompang Kampung Parit Selangor yang terdiri di kalangan belia berumur 15 hingga 20 tahun telah menyertai pertandingan kompang sempena Festival Anak Seni Johor.

Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru, JB dan dikelolakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Negeri Johor.