mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

AKTIVITI SEMASA PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

Tujuan

1. Menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sempena Bulan Kebangsaan
2. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara komuniti melalui aktiviti bersama
3. Memberi pendedahan kepada generasi muda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan

Manfaat

1. Mempererat hubungan silaturahim antara penduduk melalui penglibatan aktiviti kekeluargaan.
2. Memberi peluang kepada bakat muda untuk menyerlah melalui aktiviti seni, kreativiti dan daya cipta.
3. Menghidupkan suasana sambutan Merdeka & Hari Malaysia dengan nilai sejarah, hiburan dan identiti bangsa.

Antara Aktiviti Program

1. Pendaftaran Keahlian NADI Percuma – memberi peluang kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai ahli dan menikmati kemudahan yang disediakan.
2. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak – terbuka kepada semua kanak-kanak dengan tujuan memupuk semangat patriotik sejak kecil melalui seni kreatif.
3. Saringan Kesihatan Percuma – dijalankan dengan kerjasama pihak kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
4. Tayangan Video/Movie Kemerdekaan – antaranya tayangan filem bercorak patriotik seperti Leftenan Adnan yang memberi penghayatan terhadap sejarah perjuangan negara.
5. Pertandingan Bento Kreatif Merdeka – menggalakkan kreativiti komuniti menghasilkan hidangan bertemakan Kemerdekaan.
6. Sesi Siaran Langsung (LIVE) bersama YB Menteri Fahmi Fadzil – yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sebagai kemuncak program.

NADIMCMC #MerdekaDiNADI

Gambar disini