mcmc
Jadual Aktiviti

AKTIVITI NADI PARIT SELANGOR

 Program Dirancang Sepanjang Ogos 2017

 

Kad Raya Making

Latihan membuat kad raya menggunakan perisian Microsoft Words pada 7hb Julai 2017. Seramai 4 orang murid terlibat dalam kelas tersebut.

 

 

Bengkel Skrip ke Skrin dan Bengkel Dashboard

Pada 19hb Mei 2017, telah diadakan Bengkel Skrip ke Skrin dan Bengkel Dashboard. Program ini diadakan bagi melatih murid menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dan Perisian Adobe Photoshop.

 

Program Sukarelawan MIV – Bengkel Adobe Photoshop

Bengkel Adobe Photoshop telah diadakan pada 20hb Mei 2017. Program ini merupakan sebahagian program sukarelawan MIV Parit Selangor di mana ianya bertujuan untuk membantu belia-belia di Kampung Parit Selangor pentingnya penggunaan perisian multimedia untuk dipelajari. Sukarelawan MIV yang terlibat menjadi fasilitator di dalam program ini adalah saudara Zulhazmi, selain memberi tunjuk ajar kepada belia di sini, beliau turut berkongsi pengalaman beliau sepanjang beberapa bulan menjadi sukarelawan MIV Parit Selangor.

 

Pertandingan Menaip Pantas

 

Pada 27hb Januari 2017, telah diadakan Pertandingan Menaip Pantas bagi menguji murid-murid yang telah mengikuti kelas hujung minggu yang dianjurkan pihak PEDi Parit Selangor. Seramai 6 orang telah mengambil bahagian iaitu 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki. 

 

Raya Craft Session (Ketupat)

Gambar-gambar sekitar sesi membuat ketupat di PEDi Parit Selangor pada 17hb Jun 2016. Hanya 6 orang peserta terlibat

Crafting Day (29/4/2016)

Pada 29hb April 2016 yang lalu, pihak PEDi Parit Selangor telah mengadakan program kraftangan melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti latihan di PEDi ini. Program telah dijalankan bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 8 orang pelajar telah mengikuti program ini. Hands on training telah diberikan sepanjang program ini dijalankan dan kesemua pelajar dapat menyiapkan hasil kerja tangan mereka dengan amat baik.

‘Painting Mode’ (22/4/2016)

Gambar-gambar sempena hari santai pelajar-pelajar Pusat Internet Parit Selangor. Pada 22hb April 2016 tidak diadakan sebarang kelas komputer tetapi pelajar diberi peluang menunjukkan bakat berimaginasi dan mewarna.

Pertandingan Penciptaan Logo dan Nama PEDi yang baru

Pada 23hb Disember 2015 hingga 8hb Januari 2016, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menganjurkan Pertandingan Penciptaan Logo dan nama baru PEDi. Pertandingan ini telah dibuka kepada semua ahli PEDi dan Petugas PEDi. Ahli-ahli dan petugas PEDi Parit Selangor juga tidak ketinggalan untuk menghantar penyertaan dengan jumlah penyertaan sebanyak 11 penyertaan.