Pada 27hb Jun 2019 dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi, telah diadakan program Advokasi : Teknologi Dan Anda Bersama Kemas Pt Baru untuk kali kedua pada tahun 2019. Program yang telah diadakan di TABIKA KEMAS Parit Baru. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi kepada anak-anak KEMAS. Penggunaan TABLET bagi aplikasi quivervision.com. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan TABLET dan menggunakan aplikasi ini sendiri selepas siri 1 dimana mereka telah diperkenalkan dengan penggunaan TABLET. 29 orang murid telah terlibat termasuk murid 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun. Butiran aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan aplikasi QUIVER. Kemudian, murid-murid diberikan bahan mewarna dan cetakan lukisan yang dimuat turun daripada portal quivervision.com dan kemudiannya murid-murid dikehendaki mewarna cetakan yang telah diberikan pada objek-objek tertentu sahaja.
{gallery}stories/laporanaktivitijun_2{/gallery}