ADVOKASI MOBILE EWASTE
Advokasi Mobile Ewaste telah diadakan pada 19hb Oktober 2018 jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari di PEDi parit Selangor. Program ini bertujuan memberi kesedaran berkenaan mobile ewaster dan dizahirkan melalui poster. Pelajar menghadiri kelas mingguan dan diberi tugasan untuk menyiapkan poster berkaitan mobile ewaste. Seramai 4 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dalam program ini. Kelebihan program ini dapat memberi maklumat kepada pelajar-pelajar kepentingan Mobile e-Waste, peranti-peranti elektronik yang sudah tidak digunakan contohnya telefon pintar, peralatan video game, laptop dan sebagainya mendatangkan kemudaratan kepada individu dan persekitaran.