Pada 24 April 2019 bertempat di SK Andek Mori Pontian telah berlangsungnya Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama para pelajar dan guru. Turut Disertai para pelajar daripada beberapa sekolah lain yang berhampiran antaranya, SK Andek Mori, SK Sri Sinaran Chokoh, SK Sg Durian, SK Permas Kelapa, SJKC Pei Chiau, SJKC Ken Boon, SJKC Chi Mang, dan TABIKA KEMAS Serkat Laut. Ini sempena Kempen Kesedaran Alam Sekitar Bersama Taman Negara Tg Piai. Beberapa petugas PEDi telah terlibat dalam menjalankan aktiviti advokasi bersama para pelajar dan guru-guru mereka.