mcmc
Maklumat Setempat

Advokasi Klik Dengan Bijak : Buli Siber & Cyber Grooming di SK Parit Selangor & SK Seri Bukit Panjang

 

 

Pada 3hb April 2019, petugas PEDi  telah membuat kunjungan ke SK Parit Selangor dan SK Seri Bukit Panjang dengan tujuan menyampaikan Advokasi Klik Dengan Bijak  berkaitan Buli Siber dan Cyver Grooming terhadap kanak-kanak. Penglibatan guru-guru dan para pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 memberi sedikit sebanyak maklumat kepada para pelajar dan guru di samping penekanan kepada permasalahan penggunaan media sosial di kalangan kanak-kanak. Penerangan terperinci berkaitan topik tersebut dan sesi soal jawab telah dilakukan pada hari tersebut, di mana mendapat maklum balas yang sangat positif daripada pelajar-pelajar seterusnya mendidik mereka untuk tidak terpedaya dan terikut-ikut dengan budaya Buli Siber dan Cyber Grooming samada penjadi mangsa atau pemangsa.