mcmc
Maklumat Setempat

Advokasi dan Kuiz Kemerdekaan 2018

Advokasi dan Kuiz Kemerdekaan 2018

 

Program Advokasi dan Kuiz Kemerdekaan 2018 telah diijalankan di PEDi pada 17hb Ogos 2018 selama sejam iaitu pada jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.Program ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan am peserta berkaitan kemerdekaan Negara. Kuiz yang diberikan kepada peserta adalah dalam bentuk teka silang kata. Mereka boleh menjawab kuiz tersebut sambil merujuk kepada laman web tertentu melalui carian menggunakan Search Engine. Ini bagi mendidik mereka berkaitan pencarian maklumat yang sahih dan benar serta penilaian dalam mendapatkan maklumat sebelum menjawab soalan teka silang kata tersebut. Seramai 11 orang pelajar sekolah rendah dan menengah yang turut serta dalam program ini. Program ini dapat melatih peserta di dalam membuat carian di Google di samping menambah ilmu pengetahuan berkenaan hari kemerdekaan Malaysia.