mcmc
Pendidikan

Advokasi ‘Teknologi dan Anda’ Bersama KEMAS Pontian besar Kiri

 Advokasi ‘Teknologi dan Anda’ bersama Tabika KEMAS merupakan salah satu aktiviti yang mengajak komuniti untuk mendekatkan diri dengan teknologi serta menggalakkan penggunaan teknologi. Sehubungan dengan itu, pada 25hb Februari 2018 satu aktiviti telah diadakan dengan kerjasama KEMAS Pontian Besar Kiri. Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada anak-anak di kemas terhadap penggunaan teknologi. Sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu dalam cara yang lebih interaktif dan menarik. Anak-anak di TABIKA KEMAS ini diberi peluang belajar dengan menggunakan netbook  menerusi aplikasi pdk.net. Pembelajaran yang interaktif ini akan menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

  1.