Pada 2 Disember yang lalu, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul di surau Kg Parit Selangor. Majlis telah dihadiri oleh para penduduk Kg Parit Selangor serta para penduduk sekitar. Turut serta adalah anak-anak dari Madrasah Tahfiz Kg Rimba Terjun yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Acara sambutan telah bermula seawal 4.00pagi iaitu qiamulail serta solat subuh berjemaah, pelbagai pertandingan untuk anak-anak, serta acara kemuncak adalah Majlis Usrah pada sebelah malam.Sambutan berkonsepkan usrah telah di kendalikan oleh ahli panel Ustaz Abdul Manap dari Jabatan Agama Islam Johor serta Ustazah Hjh Rohani dari PPID.