- Gotong Royong Pembersihan Kawasan PEDi
Pada 4hb Disember 2017 telah diadakan aktiviti gotong royong membersihkan PEDi pada jam 4.00 petang hingga 5.30 petang di perkarangan PEDi Parit Selangor. Tujuan diadakan aktiviti tersebut adalah untuk menjadikan kawasan sekitar PEDi lebih cantik, kemas dan bersih. Aktiviti yang melibatkan 5 orang belia dan remaja ini diadakan agar dapat melahirkan generasi yang mementingkan kebersihan dan kekemasan, memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli PEDi , staff PIserta kebersihan dan kecantikan PEDi terjaga. Aktiviti yang diadakan membersihkan kawasan PEDi , menebang beberapa pokok kecil sekitar PEDi dan merumput.
- Bengkel Asas Word & Fun With Quiver
- Bengkel Asas Word & Fun With Quiver telah diadakan pada 6hb September 2017 pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Bengkel Asas Word & Fun With Quiver telah disertai oleh 5 orang ahli PEDi iaitu seorang Wanita, seorang Belia dan 3 pelajar sekolah rendah. Bengkel yang telah diadakan di PEDi Parit Selangor ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelatih2 baru dan permainan Quiver bagi menghilangkan rasa bosan kepada pelajar selepas menghadiri kelas selama beberapa hari. Antara kelebihan dan kebaikan aktiviti ini adalah ianya dapat memberi peluang kepada ahli-ahli baru mempertajamkan kemahiran menggunakan Microsoft Word dengan baik, kemudian mereka direhatkan dengan aplikasi Quiver di mana mereka dapat melahirkan kreativiti mereka dengan mewarna secara unik, kemudian hasil warna tersebut dijadikan dalam bentuk animasi 3D di dalam tablet.
- Bengkel ABCYA
- Bengkel ABCYA ini telah diadakan pada sebelah pagi bertarikh 14hb Disember 2017. Seramai 6 orang pelajar sekolah rendah telah terlibat dengan aktiviti ini yang telah diadakan di PEDi Parit Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi latihan melukis dan mewarna secara online, memberi peluang kepada pelatih untuk mahir menggunakan tetikus dalam mewarna. Melalui bengkel ini, pelajar dapat memahirkan diri menggunakan tetikus bukan sahaja sebagai alat untuk memilih ikon di komputer tetapi juga menggunakan tetikus untuk mewarna selain memberi peluang kepada pelajar untuk berkreativiti dengan baik. Antara aktiviti utama yang dilaksanakan adalah latihan mewarna pade website e-Learning abcya.com. Pelajar ditunjukkan cara memilih warna-warna yang sesuai kemudian diberi latihan mewarna sendiri
- Penyerahan Sijil dan T-Shirt MIV
Sempena menghargai sukarelawan-sukarelawan MIV, pada 18hb Disember 217 jam 10.00 pagi hingga 11.00 am telah diadakan satu majlis Penyerahan Sijil dan T-Shirt MIV bagi sukarelawan-sukarelawan MIV PEDi Pekan Nenas, PEDi Parit Selangor dan PEDi Taman Nilam. Tujuan majlis ini adalah untuk menyerahkan Sijil Penghargaan dan T-Shirt MIV kepada para sukarelawan PEDi Parit Selangor, Taman Nilam dan Pekan Nanas. Seramai 2 orang wakil dari SKMM telah hadir manakala setiap PEDi diwakili seorang wakil. Kelebihan aktiviti/majlis ini dapat menggalakan lebih ramai lagi penyertaan terhadap sukarelawan PEDi sekaligus memudahkan urusan-urusan di PEDi atas bantuan sukarelawan-sukarelawan terbabit. Sijil dan T-Shirt MIV telah diserahkan kepada wakil PEDi oleh wakil SKMM iaitu Puan Siti Samihah Abdullah. Sijil dan T-Shirt kemudiannya diserahkan kepada sukarelawan MIV terlibat di PEDi masing-masing.
Advokasi Kesihatan Remaja
Pada 21hb Disember 2017 dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang, telah diadakan program Advokasi Kesihatan Remaja. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada ahli-ahli baru PEDi agar dapat menjadikan platform tersebut sebagai medan mendapatkan maklumat serta membuat kempen kesihatan dengan pemeriksaan tekanan darah, berat, ketinggian dan promosi aplikasi dashboard. Edaran & Penerangan KDB(maklumat kesihatan). Seramai 20 orang peserta di kalangan belia, remaja dan kanak-kanak telah terlibat bagi menjayakan program ini. Kebaikan dan kelebihan aktiviti ini adalah ianya dapat memberi kesedaran kepada pengunjung terhadap penjagaan kesihatan yang optimum memandangkan ada di antara pengunjung yang mengalami tekanan darah tinggi dan berat berlebihan di usia yang masih muda. Dengan adanya program seperti ini, sekurang-kurangnya mereka dapat bertindak lebih awal agar penyakit yang mereka hadapi tidak melarat.