Program Penyampaian Hadiah & Penghargaan Tabika Kemas Pontian
Program Penyampaian Hadiah & Penghargaan Tabika Kemas Pontian telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg Parit Semerah Pontian Johor pada 4 November 2017 (9.00pagi – 11.00 Pagi). Pada hari tersebut, pihak PI1M telah mengadakan promosi untuk kelas pembelajaran e-learning padacuti akhir tahun 2017 dan juga program pembelakaran sepanjang tahun 2018 kepada phak TABIKA KEMAS. Antara pihak yang terlibat dan menjadi audiens kepada promosi ini adalah pihak ibu bapa serta anak-anak TABIKA KEMAS Kg Melayu Pontian Besar Kiri. Majlis bergabung dengan TABIKA KEMAS Parit Semerah & TABIKA KEMAS Jalan Syawal. Promosi ini diadakan bertujuan untuk menambah ahli PEDi dan juga melatih murid-murid meningkatkan pengetahuan dalam ICT
Riadah Petang Belia Di PEDi
Riadah Petang Belia Di PEDi telah diadakan pada 7 November 2017 (3.30 Petang – 5.30 Petang) di perkarangan halaman PEDi Parit Selangor. Program ini bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti yang ada untuk belia, menggalakkan mereka bergaul dan beraktiviti secara sihat serta mempromosikan PEDi sebagai tempat mereka melakukan aktiviti. Seramai 13 orang belia/ remaja yang terlibat dan Aktiviti riadah santai bersama belia/remaja ini diharapkan dapat memupuk nilai murni dan semangat bekerjasama bersama pihak PEDi memandangkan mereka antara yang sering berkunjung ke PEDi .
Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Johor 2017
Seminar Media Sosial Peringkat Negeri Johor 2017 telah diadakan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru pada 14 November 2017 (8.00 pagi – 2.00petang). Seminar anjuran pihak SKMM Wilayah Selatan ini memberi pendedahan dan penerangan berkenaan jenayah internet dan pelbagai maklumat berkaitannya. Penceramah jemputan dan juga panel serta moderator telah dijemput bagi memberikan penerangan yang lebih berkesan kepada jemputan yang hadir. Antara yang terlibat menjayakan seminar ini adalah Wakil dari PEDi , Jabatan Kerajaan, Kolej Komuniti dan juga orang awam. Seminar ini memberi maklumat berkaitan jenayah media sosial yang boleh dikongsi kepada masyarakat serta komuniti setempat.
Program Advokasi Dan Dashboard Komuniti November 2017
Program Advokasi Dan Dashboard Komuniti November 2017 telah diadakan pada 17 November 2017 (7.30 Pagi – 12.30 Tengahari) di PEDi Parit Selangor. Program Bengkel ICT & Dashboard Komuniti bersama warga WI (Perkumpulan Perempuan) Kg Parit Selangor. Ini bagi mempromosikan DASHBOARD KOMUNITI dan modul di dalamnya kepada komuniti. Terutamanya kaum wanita. Antara yang terlibat adalah ahli WI Kawasan 5 Mukim Pontian, remaja dan belia serta komuniti sekitar. Program ini memberikan pendedahan berkaitan ICT dan mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti. Kali ini pendedahan lebih kepada golongan wanita dan ibu.
Majlis Ukhuwah Komuniti Bersama Kemas Kg Parit Baru Dan Wlk Kg Parit Baru
Majlis Ukhuwah Komuniti Bersama Kemas Kg Parit Baru Dan Wlk Kg Parit Baru telah diadakan di Balai Raya Kg Parit Baru pada 26 November 2017 (8.30pagi – 1.00 Petang). Bertujuan meraikan anak-anak TABIKA KEMAS Kg Parit Baru yang telah pun menamatkan pelajaran 2017 dengan jayanya. PEDi turut terlibat dalam kelas ICT yang dijalankan secara berkala sepanjang tahun 2017 ini. Antara yang terlibat dalam program ini adalah anak-anak TABIKA KEMAS Kg Parit Baru, ibu bapa penjaga serta penduduk sekitar.Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwah bersama KEMAS Kg Parit Baru serta penduduk setempat. Ini bagi meneruskan kerjasama baik dalam sebarang aktiviti yang melibatkan PEDi .