PROGRAM MERDEKA RIA DASHBOARD KOMUNITI 10 SEPTEMBER 2017
Pada hari Ahad 10 September 2017, satu program Dashboard Komuniti telah dijalankan dengan bertemakan MERDEKA RIA DASHBOARD KOMUNITI. Kali ini Program Dashboard Komuniti ini telah diadakan di luar PEDi Parit Selangor. Program kali ini telah diadakan di KEMAS Kg Parit Baru dengan kerjasama KEMAS serta KOSPEN Kawasan 5 Mukim Pontian.
Ia bermula seawall 7.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung. Seterusnya perhimpunan dan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian aktiviti perarakan basikal berhias anak-anak TABIKA KEMAS dengan disertai oleh ibu bapa penjaga serta penduduk Kg Parit Baru. Aktiviti diteruskan dengan acara mewarna merdeka untuk kanak-kanak. Sementara itu warga dewasa serta ibu bapa menjalani pemeriksaan kesihatan bersama KOSPEN dan juga petugasPEDi . Di mana pihak PEDi telah memperkenalkan aplikasi ihealth untuk digunakan oleh penduduk kampong. Selain itu memperkenalkan aplikasi dashboard yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing. Turut mempromosikan lagi kuiz dashboard komuniti yang sedang berjalan ketika ini. Program turut disertai oleh wakil daripada IPD Pontian yang memberikan taklimat keselamatan kepada hadirin yang hadir. Kemudian acara fesyen merdeka untuk para kanak-kanak serta ibu bapa penjaga masing-masing. Program di akhiri dengan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir dan juga sedikit jamuan ringan.
PROGRAM MOH NGETEH 11 SEPTEMBER 2017 BERSAMA WARGA KEMAS
Program MOH NGETEH telah berlangsung pada 11 September 2017 serentak di semua TABIKA KEMAS SELURUH MALAYSIA. Minuman pagi serta kuih muih disediakan oleh pihak TABIKA untuk santapan anak-anak ini. Aktiviti santai yang dilakukan di kawasan taman di halaman TABIKA KEMAS Kg Parit Baru ini. Aktiviti ini bertujuan melatih anak-anak kecil ini untuk bersosial serta mempelajari etika serta adab sopan sesama rakan dan guru.