PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Digital Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah program pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital.
PERANAN NADI ADALAH SEBAGAI PUSAT SEHENTI UNTUK :
- Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
- Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
- Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
- Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Pelbagai kursus keusahawanan bagi membantu usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan dalam talian yang akan disediakan oleh agensi kerajaan seperti MDEC, HRDF, MEDAC, SME Corp dan swasta seperti AEON dan Shopee. Setiap NADI menjalankan kursus-kursus dan latihan seperti :
- Latihan ICT.
- Latihan keusahawanan.
- Latihan multimedia.
- E-pembelajaran.
- Latihan pemasaran, pembangunan perniagaan, pembungkusan dan modul lain yang penting bagi usahawan mikro.
- Program kesedaran serta penglibatan komuniti sebagai usaha ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan.
Transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Di Pontian terdapat 10 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah ditubuhkan iaitu :
NADI Sg Pinggan (Fasa Rintis)
Batu 1, Sungai Pinggan, No.2, Gerai JKKK, Kawasan Balairaya Kaw(4),
Mukim Sg. Pinggan, Jalan Parit Ibrahim, 82200 Benut, Pontian, Johor.
Tel : 011-10358571 (Mohd Adha-Pengurus) / 013-2081669 (Juliana-Pen. Pengurus)
NADI Kg Pulai Sebatang (Fasa Satu)
Lot Kedai, Masjid Jamek Pulai Sebatang, 82100 Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Tel : 019-3330019 (Mohd Fawzi-Pengurus) / 017-7017991 (Asiah-Pen. Pengurus)
NADI Permatang Sepam (Fasa Satu)
No 2 & 3, Lot Kedai JKKK, Kg. Permatang Sepam, 82200 Benut, Pontian, Johor.
Tel : 013-7200353 (Aifa Huda-Pengurus) / 011-40464187 (Ikhmal-Pen. Pengurus)
NADI Parit Selangor
Kompleks Penghulu Mukim Pontian, Kampung Parit Selangor,
Batu 32, 81500 Pontian, Johor.
Tel : 017-7327039 (Hilyatun Nazah-Pengurus) / 017-5276706 (Siti Nurhazwani-Pen. Pengurus)
NADI Taman Nilam
Balairaya Serbaguna Taman Nilam,
Jalan Nilam 6, Taman Nilam, 82000 Pontian, Johor.
Tel : 012-7570516 (Noraziah-Pengurus) / 011-16655282 (Aini-Pen. Pengurus)
NADI Parit Sapran
KPS 28, Kampung Parit Sapran, 82010 Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.
Tel : 019-7592655 (Roszita-Pengurus) / 013-9498618 (Zarina-Pen. Pengurus)
NADI Bandar Permas
Kukup 82300 Pontian, Johor.
Tel : 017-7714330 (Amirah-Pengurus) / 010-4617710 (Hasanah-Pen. Pengurus)
NADI Kg Rambah
Dewan Serbaguna Taman Rambah, 82000 Pontian, Johor.
Tel : 014-9888501 (Intan-Pengurus) / 010-6656290 (Nani-Pen. Pengurus)
NADI Pekan Nenas
Kg Baru, 81550 Pekan Nenas, Johor.
Tel : 013-4285414 (Nuranisah-Pengurus) / 017-7363671 (Kamaruzzaman-Pen. Pengurus)
NADI Tanjung Piai
Kg Serkat, 82300 Kukup, Johor
Tel : 010-7067391 (Zakiy-Pengurus) / 011-73156201 (Wanie-Pen. Pengurus)