[TERKINI] Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ
Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia. Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house). Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.